“APLIKASI PRICE CHECKER”
Pada masa ini, dunia teknologi semakin canggih, terdapat pelbagai aplikasi dibangunkan bagi memudahkan pengguna supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih mudah, cepat serta efektif. Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kami telah membangunkan satu aplikasi yang pastinya menarik perhatian para isteri khususnya dan golongan bujang am nya. Aplikasi yang bakal kami bangunkan ialah aplikasi “Price Checker”, atau dengan kata lain pemeriksa harga.
Aplikasi yang kami bangunkan ini ialah aplikasi perbandingan harga barangan antara tiga(3) pusat membeli belah iaitu Giant Hypermarket, Aeon, dan Tesco. Dengan mengkhususkan hanya kepada barangan runcit/dapur diharap aplikasi ini dapat membantu pengguna untuk membeli belah dengan lebih berhemah serta menguntungkan. Hal ini kerana, apabila pengguna terlebih dahulu memeriksa harga yang ditawarkan oleh pasaraya tertentu, mereka boleh menbuat pilihan yang bijak untuk membeli belah dimana serta boleh menyediakan bajet yang sesuai dengan kemampuan mereka. Aplikasi ini adalah aplikasi yang membenarkan penggunaaan pada semua jenis telefon pintar. Ini bermakna hanya sesiapa yang
mempunyai telefon pintar boleh menggunakan aplikasi ini.
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna untuk memilih pasaraya yang menawarkan harga runcit yang jauh lebih murah serta boleh mengetahui sama ada pasaraya tersebut mengadakan promosi pada masa tertentu. Aplikasi ini akan kami sambungkan dengan ketiga-tiga pasaraya agar harga yang ditwarkan akan sentiasa dikemaskini kepada pengguna aplikasi ini. Dengan itu, kami telah berusaha sedaya upaya membangunkan aplikasi ini agar berjaya menepati kehendak pengguna pada masa kini di samping memenuhi kaedah kebolehgunaan. Aplikasi ini juga akan dibangunkan dengan antaramuka
grafik yang menarik dan sekaligus dapat menarik minat pengguna
KEPERLUAN APLIKASI
MENGAPA APLIKASI INI DI PERLUKAN
Aplikasi ini dibangunkan bagi membantu para pengguna yang sering dilanda masalah kewangan, serta pengguna di bandar yang sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Selain itu, aplikasi ini dapat membantu pengguna membuat pemilihan untuk lebih jimat kerana dapat membeli barangan dengan harga yang murah.
SIAPA YANG MEMERLUKAN APLIKASI INI
Aplikasi ini diperlukan oleh para isteri yang bekerjaya dan orang bujang yang mempunyai masalah kewangan.
BAGAIMANA APLIKASI INI DIGUNAKAN
Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar atau menaip nama produk yang ingin dibandingkan harga, kemudian memilih pasaraya yang dikehendaki bagi mengetahui harga semasa yang ditawarkan untuk barangan tersebut.
MANFAAT PENGGUNA APLIKASI INI
Antara manfaat aplikasi ini kepada pengguna ialah :
i. Memudahkan pengguna untuk membuat perbandingan harga. ii. Membantu pengguna merancang perbelanjaan mereka.
iii. Membantu pengguna memilih pasaraya yang menawarkan harga yang lebih rendah.
iv. Membolehkan para pengguna dengan hanya melayari internet pada bila-bila masa, cepat, mudah dan efisien membeli belah barangan runcit.
v. Boleh menggantikan risalah yang sering diberikan oleh pihak pasaraya untuk memberitahu pengguna bahawa mereka mengadakan jualan murah.
ShopAdvisor by Evoqu, Inc.
Aplikasi „Shop Advisor‟ ini adalah untuk golongan yang menunggu barangan yang mula dijual. Ia berfungsi apabila pengguna mengimbas kod bar atau menaip nama produk. Apabila maklumat produk itu datang pengguna boleh klik pada "View Tawaran" untuk melihat harga yang terdiri daripada kedua-dua kedai dalam talian dan tempatan. Apabila pengguna klik "Menasihati Me" pengguna akan dibawa ke skrin yang menunjukkan anda graf perubahan harga dari enam bulan lepas. Manual dan panduan tentang jenis produk juga boleh dilihat dari skrin ini. Bahagian yang unik aplikasi ini adalah "Watch" ciri. Ciri ini membolehkan pengguna meletakkan item pada senarai menonton, menetapkan amaran harga, atau menetapkan amaran masa.
Price Check by Amazon by AMZN Mobile LLC
„Price Checker‟ adalah aplikasi oleh Amazon.com untuk membantu anda membeli-belah dengan lebih berkesan. Aplikasi ini adalah sangat cepat dan mudah untuk mencari barangan. Ia membuat membandingkan harga yang sangat mudah. Aplikasi ini termasuk carian pengimbas kod bar, imbasan gambar (gambar item tersebut), carian suara, dan pencarian teks mudah.
Ant aramuka “ Ho me”
Selepas pengguna memuat naik aplikasi “Price Checker”, paparan „Home‟ akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk imbas bar kod atau menaip nama produk di paparan ini dan akan dibawa ke paparan
antaramuka seterusnya mengikut pilihan pengguna.
Antaramuka Imbas bar kod
Jika pengguna memilih untuk mengimbas bar kod, paparan antaramuka ini akan dipaparkan dan pengguna perlu mengimbas bar kod produk yang dikehendaki.
Antaramuka Menaip Nama Produk
Jika pengguna memilih untuk memasukkan nama produk, paparan antaramuka ini akan dipaparkan dan pengguna perlu menaip nama produk yang dikehendaki.
Antaramuka paparan terperinci produk.
Apabila pengguna selesai mengimbas bar kod atau pun telah memasukkan nama produk, paparan terperinci produk akan dipaparkan, antara maklumat yang dipaparkan adalah harga yang ditawarkan pada masa tersebut serta di pasaraya yang menawarkannya.
Antaramuka Senarai Barangan
Paparan senarai produk dan harga akan dipaparkan setelah pengguna selesai memasukkan produk yang dikehendaki.
Pada paparan ini, pengguna akan dicadangkan pasaraya yang menawarkan harga terendah untuk barangan yang dipilih dan jika pengguna klik untuk melihat map, pengguna akan dipaparkan lokasi yang berhampiran dengannya.
KESIMPULAN
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna memilih harga yang berpatutan dan terendah yang ditawarkan oleh pasaraya terkemuka. Pengguna juga boleh mendapatkan infomasi tentang promosi- promosi yang diadakan di pasaraya tersebut dengan cepat.